Digital clock

Kantin Badawi Berwajah Baru








Aliran KAA Terbaik Pulau Pinang 2014

Baru-baru ini SMK Datuk Haji Ahmad Badawi telah menerima anugerah pada Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik KAA 2014. Tuan Haji Masri bin Abdullah, Pengetua SMKDHAB, Ustazah Alwiyah, Penyelaras KAA, Ustazah Mariyatulkhetiah, Ketua Panitia Bahasa Arab dan para pelajar 3KAA tahun 2013 telah menghadiri program tersebut. Dalam majlis anugerah tersebut, SMKDHAB telah merangkul anugerah Sekolah Aliran KAA Terbaik Negeri Pulau Pinang. Kejayaan tersebut kerana SMKDHAB telah mampu meningkatkan gred purata sekolah (GPS) selama tiga tahun berturut-turut. Tahniah kepada semua yang terlibat menyumbang kepada kejayaan ini. Badawi Boleh, Badawi Gemilang.

Tuan Pengetua bergambar bersama guru dan para pelajar yang mendapat anugerah