SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI, KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG, MALAYSIA

Dr. Hj. Mohd Nazari Bertukar ke JPN

Dr. HJ. Mohd. Nazari b. Yaakob
TAHNIAH

Dr. Hj. Mohd Nazari bin Yaakob, Pengetua SMK Datuk Haji Ahmad Badawi akan bertukar ke Jabatan Pendidikan Pulau Pinang sebagai Ketua Sektor Pengurusan Akademik berkuatkuasa pada 25 Ogos 2014.

Beliau mula menerajui SMK Datuk Haji Ahmad Badawi pada 16 Jun 2014. Walaupun hanya memimpin sekolah ini dalam tempoh yang singkat, namun banyak transformasi yang telah dilaksanakan dan dalam perancangan beliau. 

Guru-guru dan kakitangan serta para pelajar amat menghargai sumbangan beliau di sekolah ini. Warga sekolah dan PIBG merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas jasanya dan mendoakan agar Allah memberikan kekuatan untuk beliau melaksanakan tugas barunya di Jabatan Pendidikan Pulau Pinang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan mesej di sini.