SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI, KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG, MALAYSIA

Program Badawi Gemilang

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Datuk Haji Ahmad Badawi telah melancarkan aktiviti pengumpulan dana melalui program Badawi Gemilang. Tujuannya adalah untuk membiayai program peningkatan akademik dan kokurikulum. Selain itu, dana tersebut akan digunakan untuk menaik taraf tempat wuduk, program kerohanian, peningkatan sahsiah pelajar serta membantu para pelajar yang kurang berkemampuan. Kutipan dana ini akan berlangsung dari 11 Ogos hingga 11 September 2014.

Kad kutipan dana program Badawi Gemilang

Program anjuran PIBG SMK Datuk Haji Ahmad Badawi
Semua ibu bapa dan waris akan memperoleh kad kutipan dana ini daripada anak masing-masing mulai 22 Ogos 2014. PIBG amat berharap agar mendapat kerjasama daripada ibu bapa dan waris bagi menjayakan program ini. PIBG ingin merakamkan penghargaan kepada ibu bapa dan waris yang telah banyak membantu dalam program PIBG.

Kain rentang hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah Program Badawi Gemilang

2 ulasan:

  1. x buka akaun ka cikgu senang nak bank in?

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas keprihatinan anda. Anda boleh datang ke sekolah untuk menyumbang. Sila jumpa Ustaz Murshid atau Pn. Faizah.

    BalasPadam

Sila tinggalkan mesej di sini.