SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI, KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG, MALAYSIA

Keselamatan Semasa Pelajar Datang ke Sekolah

Keselamatan pelajar semasa datang dan balik dari sekolah antara perkara yang diberi perhatian oleh pihak sekolah. Pada setiap pagi, guru bertugas mingguan akan berada di hadapan pintu masuk sekolah. Guru bertugas akan membantu para pelajar yang akan melintas jalan dan bagi memastikan keselamatan mereka.

Guru bertugas berada di hadapan laluan melintas untuk memantau keselamatan pelajar

Lalu lintas di hadapan SMK Datuk Haji Ahmad Badawi merupakan laluan yang sibuk terutama antara pukul 7.00 hingga 8.00 pagi. Para pelajar dinasihatkan menggunakan laluan melintas jalan yang telah disediakan. 

Kenderaan berat juga banyak menggunakan Jalan Datuk Haji Ahmad Badawi

Para pelajar yang menggunakan laluan lampu isyarat sering dipesan untuk memastikan keselamatan diri ketika melintas jalan. Mereka selalu diminta melihat ke sebelah kiri dan ke sebelah kanan sebelum melintas. Selain itu, mereka juga perlu memastikan semua kenderaan telah berhenti sebelum melintas jalan walaupun lampu isyarat sudah bertukar hijau.

Kehadiran guru bertugas semasa para pelajar melintas jalan 

Para pelajar sedang melintas jalan mengikut laluan yang disediakan
Selain pintu utama, pihak sekolah menyediakan pintu masuk di sebelah Taman Abdullah Fahim untuk kemudahan ibu bapa dan waris. Pintu masuk ini akan ditutup pada pukul 7.20 pagi. 

Pintu di tepi taman perumahan memudahkan pelajar masuk ke kawasan sekolah

Pihak sekolah juga menyediakan Laluan Perdana sebagai laluan pejalan kaki untuk para pelajar. Laluan ini memisahkan dari laluan kenderaan. Penggunaan laluan ini akan mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama ketika para pelajar an guru datang dan balik dari sekolah.

Laluan Perdana mengambil sempena Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah bin Ahmad Badawi

Laluan Perdana amat bermanfaat terutama ketika hujan dan panas serta untuk keselamatan pelajar

Selain guru bertugas, mereka dibantu oleh para pengawas yang mengambil nama pelajar-pelajar yang datang lewat. Para pelajar yang datang lewat melebihi 7.20 pagi akan dicatat nama dalam fail yang disediakan.

Fail nama pelajar yang datang lewat ke sekolah

Para pelajar sedang menanda nama mereka dalam fail

Berhampiran tapak perhimpunan, guru disiplin bertugas akan menahan para pelajar bermotosikal dan pelajar yang lewat. Mereka akan berkumpul di kawasan ini dan mendengar pengumuman semasa perhimpunan.

Guru disiplin menunggu para pelajar yang hadir lewat

Para pelajar bermotosikal yang lewat dikehendaki menuntun motosikal untuk keselamatan pelajar lain

Tuan Pengetua memberi nasihat kepada para pelajar yang lewat

Cabutan Bertuah Program Badawi Gemilang (27092014)


























Pencapaian Kejohanan Olahraga 1Murid 1Sukan (25092014)

Pasukan olahraga SMKDHAB telah menyertai kejohanan olahraga 1 Murid 1 Sukan (1M1S) peringkat PPD Utara pada 25 September 2014. Kejohanan tersebut berlangsung di Kompleks Sukan Bertam. Pasukan SMKDHAB dibimbing dan dilatih oleh Cikgu Mohd Hamdi dan Cikgu Khairul Hazmy. Keputusannya, pasukan perempuan telah menjadi johan keseluruhan dan menjadi johan dalam acara berganti-ganti. Pasukan lelaki pula mendapat tempat ketiga dalam acara lari berganti-ganti. Tahniah kepada pasukan olehraga 1M1S SMKDHAB. Gambar-gambar di bawah ialah penyampaian pingat oleh Tuan Haji Che Johar bin Jaafar, Penolong Kanan Pentabiran pada 27 September 2014.