SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI, KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG, MALAYSIA

Selamat Datang Tuan Pengetua

Tuan Haji Che Johar (Penolong Kanan Pentadbiran), guru-guru dan semua warga SMK Datuk Haji Ahmad Badawi mengalu-alukan kehadiran Tuan Haji Masri bin Abdullah yang telah dilantik sebagai Pengetua sekolah ini. Beliau merupakan pengetua yang ke-14 memimpin SMKDHAB berkuat kuasa pada 8 September 2014. 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah dan kurnianNya, nakhoda yang dinanti-nanti untuk mengemudi SMKDHAB tiba juga akhirnya.

Semoga dengan perlantikan beliau sebagai Pengetua sekolah ini, kecemerlangan SMKDHAB akan berterusan. Semua warga SMKDHAB akan bekerja bersama-sama beliau untuk merealisasikan wawasan dan impiannya. Semoga Allah memberi kekuatan kepada Tuan Pengetua untuk melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan mesej di sini.