SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI, KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG, MALAYSIA

Hari Keusahawanan (27022016)

SMKDHAB telah menganjurkan Hari Keusahawanan 2016 yang dirasmikan oleh YB Hj Shariful Azhar b. Othman, ADUN Bertam. Lebih daripada 30 gerai persatuan, unit uniform dan kelab telah menyertainya. Guru-guru dan para pelajar terlibat sama menjayakan program ini. Selain untuk menambah dana persatuan, para pelajar turut menimba ilmu dan pengalaman keusahawanan daripada program ini.












Mesyuarat Agung PIBG (27022016)

Mesyuarat agung PIBG kali ke-38 yang berlangsung pada 27 Februari 2016 di Dewan SMKDHAB telah dirasmikan oleh YB Hj Shariful Azhar bin Othman, ADUN Bertam.














Projek Sivik Guru Pelatih

Empat orang guru pelatih USM telah memilih SMK Datuk Haji Ahmad Badawi sebagai medan untuk mereka melaksanakan amali. Selain itu, mereka turut menyumbang tenaga menukar alas meja dan bangku di Astaka Ilmu dalam projek Panitia Sivik dan Kewarganegaraan. Terima kasih diucapkan atas sumbangan tersebut.


Kelas Tambahan PIBG 2016

Kelas tambahan yang mendapat pembiayaan PIBG bermula secara rasmi pada 6 Februari 2016. Program ini berterusan setiap hari Sabtu bagi pelajar tingkatan 3 dan 5.






Keputusan STPM Penggal 1 2015/2016 Cemerlang

Seramai 21 orang pelajar tingkatan 6 sesi 2015 / 2016 telah berjaya dengan cemerlang dan mendapat CGPA 3.0 ke atas. Keputusan ini adalah lebih baik berbanding keputusan yang sama yang dicapai oleh pelajar tingkatan 6 sesi 2014 / 2015 iaitu hanya 11 org mendapat CGPA 3.0 ke atas. Senarai pelajar terbaik adalah seperti berikut :

1. NurAin Shahiran bt Azizan 3A 1B (3.75)
2. Nurul Maisarah bt Abdul Rahman 1A 2A- 1 B+ (3.67)

Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang cemerlang. Ucapan penghargaan kepada Tuan Pengetua, PK Tingkatan 6 dan guru-guru akademik tingkatan 6 yang menyumbang bakti atas kejayaan ini.



Kem Hala Tuju ke Universiti (5-7.02.2016)

Kem Hala Tuju ke Universiti melibatkan para pelajar tingkatan 6 atas SMKDHAB. Program yang dianjurkan oleh Jabatan Tingkatan 6 dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling. Objektif utama adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang ruang dan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Wakil mahasiswa dari pelbagai universiti telah dijemput memberikan pendedahan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.