SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI, KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG, MALAYSIA

Bengkel Penulisan Resume dan Temuduga Ting. 6 Atas (25052016)

Perkhemahan Perdana (24-25052016)

Unit uniform SMKDHAB yang diterajui oleh En. Mansor b. Mat Isa, PK Kokurikulum telah menganjurkan perkhemahan perdana untuk ahli unit beruniform. Program ini bermula pada 24 Mei dan berakhir pada 25 Mei 2016. Lokasi perkhemahan perdana ini ialah di Pusst Kokurikulum JPN Pulau Pinang yang terletak di Bukit Mertajam, bersebelahan Sekolah Sains Syed Shahabudin. En. Zairudin b. Ahmad menjadi komandan kem dan dibantu oleh beberapa orang guru iaitu En. Mohd Shahrizam, En. Mohd Nizam, En. Mohd Murshid, En. Asogar, Pn. Saadiah Nan, Pn. Sharipah, Pn. Mariyatulkhetiah dan Pn. Norazah.









Johan Kempen Kehidupan Lestari (14052016)

8 orang pelajar SMKDHAB telah menyertai program kempen kehidupan lestari anjuran TNB peringkat negeri Pulau Pinang. Program berlangsung di Penang Golf Resort Bertam. Tahniah kepada para pelajar tersebut kerana telah mendapat johan dalam dua kategori acara berkumpulan.




Ceramah Motivasi 6 Bawah (140516)

Ceramah adab belajar untuk para pelajar tingkatan 6 bawah disampaikan oleh Ustaz Khairul Asfani. Ceramah berlangsung di dewan SMKDHAB. Semoga para pelajar yang baru mendaftar sebagai pelajar Badawi ini akan terus bersemangat meneruskan pelajaran dalam tingkatan enam.