SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI, KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG, MALAYSIA

Kem Kepimpinan Ukhuwah 2016

Kem Kepimpinan Ukhuwah untuk tingkatan 6 tahun 2016 berlangsung dari 21-23 Oktober di Kem Permata, Alor Gajah, Melaka.



Gotong Royong Taman Koperasi& Gazebo

Gotong royong pada 20 dan 21 Oktober 2016 oleh pelajar tingkatan 2 dan 4.

















Solat Hajat & Bacaan Yasin SPM & STPM (21102016)

Program solat hajat dan bacaan Yasin telah berlangsung di Dewan SMKDHAB untuk para pelajar SPM dan STPM. Lebih daripada 150 ibu bapa dan waris telah turut serta dalam majlis ini. Turut hadir ialah YDP PIBG dan AJK PIBG. Semoga Allah mengabulkan semua permohonan ibu bapa dan waris untuk kejayaan anak masing-masing.

Program Mutiara Harapan SPM 2016

Lawatan Mesra JPNPP (19102016)

Kunjungan pihak Jabatan Pelajaran Pulau Pinang pada 19 Oktober adalah untuk mendapat maklumat tentang persediaan sekolah menghadapi SPM nanti. Kehadiran JPN untuk kali kedua ini menunjukkan keprihatinan JPN terhadap pencapaian SMKDHAB dalam peperiksaan SPM yang lalu. Semoga Badawi dapat terus maju dalam akademik.



Kem Akademik Pantai Merdeka

Pada 15 dan 16 Oktober 2016, satu kem akademik telah dijalankan di Resort Pantai Merdeka. Program ini merupakan anjuran pengurusan tingkatan enam dengan dana daripada PIBG. Pelbagai aktiviti akademik telah dijalankan untuk para pelajar tingkatan enam atas bagi persediaan menghadapi peperiksaan STPM penggal 3 pada November nanti.











Konsert Ekonomi Penggal 1(16102016)

Satu ceramah Ekonomi untuk para pelajar tingkatan 6 bawah telah diadakan di Dewan SMK Datuk Haji Ahmad Badawi. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SMK Datuk Haji Ahmad Badawi, SMK Datuk Haji Abdul Kadir, SMK Dato Onn, ,SMK Teluk Air Tawar dan SMK Penanti.