Digital clock

Majlis Persaraan dan Perpisahan (23012017)

Pada 23 Januari 2017, satu majlis dua dalam satu telah diadakan oleh Badan Kebajikan Guru dan Staf SMKDHAB. Puan Suhaimah bt Norbib mengakhiri kerjayanya selama lebih 35 tahun. Selain itu, sepuluh orang guru tingkatan 6 yang bakal berpindah ke SMK Desa Murni pada Februari 2017 turut diraikan. Majlis berlangsung di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas. Semoga semuanya berbahagia dengan kehidupan baru sama ada dalam persaraan atau bertugas di tempat baharu. Bagi kami yang masih di Badawi, hubungan yang terjalin erat tetap kekal dalam ingatan.













Taklimat Hari Bertemu Pelanggan (14012017)

Hari Bertemu Pelanggan merupakan medan untuk pentadbir dan guru-guru bertemu ibu bapa. Pada tahun 2017, sambutan ibu bapa dan waris amat menggalakkan dan kehadiran mencapai sasaran pihak sekolah. Penerangan daripada pihak sekolah dan PIBG untuk program akademik amat jelas dan meyakinkan. Semoga ibu bapa dan waris akan memberi kerjasama untuk memastikan kejayaan cemerlang anak masing-masing.