SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI, KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG, MALAYSIA

Anugerah PBCS (30032017)

Dua orang pelajar Badawi mendapat anugerah Pelajar Bumiputera Cemerlang Sains (PBCS) sempena Majlis Anugerah Mutiara PASCA. Tahniah.



Emas Olahraga Peringkat Negeri

Sejarah baru olahraga Badawi tercipta di Stadium Bandaraya apabila atlet 100m P1 Badawi merangkul emas.

Laporan Pencapaian Badawi dalam
Kejohanan Olahraga peringkat Negeri 2017
Emas - 2
Perak - 4
Gangsa - 0

Tahniah kepada guru dan atlet Badawi.


Ranking SPM Badawi di Seberang Perai Utara

BADAWI berada di kedudukan ke-6 antara sekolah Seberang Perai Utara
dalam Ranking SPM 2016 walaupun Badawi bukan sekolah kawalan.

Keputusan SPM 2016 (16032017)

Tahniah diucapkan kepada para pelajar SMK Datuk Haji Ahmad Badawi yang mendapat kejayaan cemerlang. Terima kasih juga kepada para pelajar SPM 2016 kerana telah menyumbang kepada peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 0.02. Pada tahun 2015, GPS ialah 4.29 manakala pada tahun 2016 ialah 4.27. Untuk makluman, semakin kecil GPS, kualiti pencapaian GPS adalah lebih baik. Syabas kepada 3 orang pelajar SMKDHAB yang mendapat semua A dalam peperiksaan SPM kali ini.













Dialog Prestasi 1 (14032017)

Dialog Prestasi merupakan agenda sekolah untuk mengenal pasti masalah dan mengemukakan intervensi untuk penyelesaian. Kali pertama dialog ini, giliran panitia perdagangan dan Lukisan kejuruteraan membuat pembentangan. Alhamdulillah, banyak input yang diperoleh oleh para ketua panitia dan pentadbir. Semoga dialog ini akan terus melonjak GPS yang lebih baik.





Johan Jemputan 4x100m (04032017)

Kuartet 4x100m lelaki dan perempuan SMK Datuk Haji Ahmad Badawi telah menjadi johan jemputan dalam Kejohanan Olahraga SMK Sri Muda.