SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI, KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG, MALAYSIA

Misi Banjir Badawi 2017

Pada 10 dan 11 November 2017, guru-guru dan para pelajar tingkatan 6 telah mengadakan khidmat masyarakat banjir sekitar Tasik Gelugor dan Kepala Batas. Antara khidmat yang diberikan ialah aktiviti membersihkan rumah dan penghantaran makanan. Semoga aktiviti ini sedikit sebanyak akan meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir.














Banjir di Badawi 2017

Hujan yang berterusan di Kepala Batas pada 4 November 2017 menyebabkan kawasan SMK Datuk Haji Ahmad Badawi mengalami banjir. Alhamdulillah, sekitar pukul 9 pagi pada 5 November, air banjir semakin surut. Kerja-kerja memasang pancang dan tali keselamatan di tepi parit di laluan masuk dan di tepi dewan peperiksaan SPM selesai pada pukul 12 tengah hari. Semoga keadaan bertambah baik, Insya-Allah.