13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang * Tel : 04-5751142 * Faks : 04-5755367 * E-mel : (1) pea2054@jpnpp.edu.my (2) pea2054@moe.edu.my (3) badawigemilang@gmail.com
Solat Hajat & Bacaan Yasin SPM & STPM (21102016)
Program solat hajat dan bacaan Yasin telah berlangsung di Dewan SMKDHAB untuk para pelajar SPM dan STPM. Lebih daripada 150 ibu bapa dan waris telah turut serta dalam majlis ini. Turut hadir ialah YDP PIBG dan AJK PIBG. Semoga Allah mengabulkan semua permohonan ibu bapa dan waris untuk kejayaan anak masing-masing.
Lawatan Mesra JPNPP (19102016)
Kunjungan pihak Jabatan Pelajaran Pulau Pinang pada 19 Oktober adalah untuk mendapat maklumat tentang persediaan sekolah menghadapi SPM nanti. Kehadiran JPN untuk kali kedua ini menunjukkan keprihatinan JPN terhadap pencapaian SMKDHAB dalam peperiksaan SPM yang lalu. Semoga Badawi dapat terus maju dalam akademik.
Kem Akademik Pantai Merdeka
Pada 15 dan 16 Oktober 2016, satu kem akademik telah dijalankan di Resort Pantai Merdeka. Program ini merupakan anjuran pengurusan tingkatan enam dengan dana daripada PIBG. Pelbagai aktiviti akademik telah dijalankan untuk para pelajar tingkatan enam atas bagi persediaan menghadapi peperiksaan STPM penggal 3 pada November nanti.
Langgan:
Catatan (Atom)