SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI, KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG, MALAYSIA

Pasukan Bahas Ala Parlimen Badawi dalam Suku Akhir [240821] dan Separuh Akhir [250821]


Pasukan Bahas Ala Parlimen Badawi berjaya mara ke suku akhir pertandingan peringkat negeri ini. Semoga mereka kental berjuang dan membawa kenangan manis dalam hidup. Untuk tontonan, sila klik pautan di bawah.

https://youtu.be/VNpOxdrju8s


Pasukan bahas ala parlimen Badawi mara ke separuh akhir. Walaupun kemaraan mereka tersekat di peringkat ini, tetapi semangat perjuangan mereka amat dipuji. Tahniah kepada pasukan Bahas Badawi yang merupakan murid tingkatan 4 dan syabas kepada Cikgu Siti Munira, sebagai guru pembimbing yang amat dedikasi. Semoga tahun depan lebih baik lagi. Insya-Allah.
Rakaman pertandingan boleh  ditonton dalam pautan di bawah.


https://youtu.be/YnVftsh5bEE



Badawi Tempat Ke-3 Forum Remaja Negeri [190821]

Tahniah dan syabas kepada para peserta forum remaja Badawi yang menduduki tempat ketiga dalam pertandingan peringkat negeri. Peserta-peserta terdiri daripada Ayu Safiah, Athisya Afrina, Hanis Najihah dan Khairun Yasmin dan dibimbing oleh Cikgu Mazani.

Sumbangan Telefon kepada Murid [120821]








Tujuh orang murid tingkatan 5 dikenal pasti berkongsi telefon dengan ibu bapa atau adik beradik. Atas usaha Cikgu Mohamad Shahrizam mencari dana, maka pada hari Khamis telah dibuat penyerahan oleh Tuan Pengetua. Terima kasih kepada para penyumbang yang tidak dikenali atas kemurahan hati mereka. Terima kasih juga kepada guru-guru yang prihatin dan membantu usaha murni ini.