SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI, KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG, MALAYSIA

Teknik Menjawab Soalan Kimia dan Sains (30082014)

Ceramah Teknik Menjawab Soalan Kimia Disampaikan oleh Cikgu Nor Azilatul Afidah
  
Antara pelajar tingkatan 5SN1 dan 5SN2 yang khusyuk mendengar ceramah 
Program seumpama ini dapat membimbing para pelajar menjawab soalan mengikut kaedah yang betul

Penceramah menyampaikan panduan kepada pelajar yang akan menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM  

Pusat Sumber Sekolah menjadi lokasi program Panitia Kimia yang diketuai oleh Cikgu Malissa Aida

Penceramah jemputan, Encik Mohd Aswad b. Abdul Rahim menyampaikan ceramah Teknik Menjawab Soalan Sains

Program ini dianjurkan oleh Panitia Sains yang dipimpin oleh Cikgu Nor Falahana dan dibantu Cikgu Badariah dan Cikgu Hafizah

Dr. Hj. Mohd Nazari Bertukar ke JPN

Dr. HJ. Mohd. Nazari b. Yaakob
TAHNIAH

Dr. Hj. Mohd Nazari bin Yaakob, Pengetua SMK Datuk Haji Ahmad Badawi akan bertukar ke Jabatan Pendidikan Pulau Pinang sebagai Ketua Sektor Pengurusan Akademik berkuatkuasa pada 25 Ogos 2014.

Beliau mula menerajui SMK Datuk Haji Ahmad Badawi pada 16 Jun 2014. Walaupun hanya memimpin sekolah ini dalam tempoh yang singkat, namun banyak transformasi yang telah dilaksanakan dan dalam perancangan beliau. 

Guru-guru dan kakitangan serta para pelajar amat menghargai sumbangan beliau di sekolah ini. Warga sekolah dan PIBG merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas jasanya dan mendoakan agar Allah memberikan kekuatan untuk beliau melaksanakan tugas barunya di Jabatan Pendidikan Pulau Pinang. 

Program Badawi Gemilang

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Datuk Haji Ahmad Badawi telah melancarkan aktiviti pengumpulan dana melalui program Badawi Gemilang. Tujuannya adalah untuk membiayai program peningkatan akademik dan kokurikulum. Selain itu, dana tersebut akan digunakan untuk menaik taraf tempat wuduk, program kerohanian, peningkatan sahsiah pelajar serta membantu para pelajar yang kurang berkemampuan. Kutipan dana ini akan berlangsung dari 11 Ogos hingga 11 September 2014.

Kad kutipan dana program Badawi Gemilang

Program anjuran PIBG SMK Datuk Haji Ahmad Badawi
Semua ibu bapa dan waris akan memperoleh kad kutipan dana ini daripada anak masing-masing mulai 22 Ogos 2014. PIBG amat berharap agar mendapat kerjasama daripada ibu bapa dan waris bagi menjayakan program ini. PIBG ingin merakamkan penghargaan kepada ibu bapa dan waris yang telah banyak membantu dalam program PIBG.

Kain rentang hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah Program Badawi Gemilang

Hari Anugerah Kokurikulum (15082014)

Hari untuk menghargai pencapaian dan kejayaan dalam kokurikulum
Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran disambut oleh para pelajar
Tuan Pengetua menyampaikan ucapan dan merasmikan Hari Anugerah Kokurikulum

Barisan pentadbir segak bergaya mengenakan uniform dan baju Melayu

Tuan Haji Mohd bin Ali, Guru Kanan Teknik dan Vokasional

En. Mansor bin Mat Isa, Panan Kanan Kokurikulum

Pn. Robiah binti Mat Shadid, Penolong Kanan Tingkatan 6

En. Mohamad Said bin Ibrahim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Tuan Haji Che Johar bin Jaafar, Penolong Kanan Pentadbiran

Pn. Ruzilah bt. Misran, guru pembimbing Forum Remaja

Pn. Shakila bt. Ismail, guru pembimbing pertandingan pidato prauniversiti

En. Mohd Hamdi bin Mohd Yusof, guru pembimbing pertandingan F1

En. Tawfet Rosidi bin Ahmad, guru pembimbing pertandingan choral speaking

En. Mohd Faiz bin Mohamad Nawi, guru pembimbing pertandingan bahas ala parlimen

Pn. Zeti Mahira bt. Haris, guru pembimbing choral speaking

Pn. Hamizan bt. Mohamad Ali, guru pembimbing bahas ala parlimen

Jurulatih JPAM menerima hadiah penghargaan daripada Tuan Pengetua

Koir para pelajar tingkatan 6 yang dipimpin oleh En. Tawfet Rosidi

Para pentadbir dan kumpulan koir menyanyikan lagu-lagu patriotik

Sambutan Majlis Kibar Jalur Gemilang dan Hari Anugerah Kokurikulum

Klik di sini untuk melihat gambar seterusnya

Pelancaran Bulan Kemerdekaan (15082014)

Acara menaikkan bendera Malaysia dan nyanyian lagu Negaraku

Ikrar Rukun Negara oleh pelajar-pelajar prauniversiti

Perbarisan lintas hormat oleh unit-unit uniform

Tabik hormat oleh Dr Hj. Nazari bin Yaakob, Pengetua SMKDHAB

Sambutan Bulan Kemerdekaan yang melambangkan perpaduan antara kaum

Pentadbir dan guru-guru menyaksikan sambutan Bulan Kemerdekaan

Perubahan Masa Balik Sekolah

Makluman untuk ibu bapa dan waris.

Masa balik semua pelajar SMKDHAB akan mengalami perubahan mulai 21 Ogos 2014 (Khamis). Semua tingkatan terlibat dalam perubahan masa ini seperti berikut :

TINGKATAN
ISNIN
SELASA
RABU
KHAMIS
1KAA
4.30
4.30
4.30
4.30
1KM1
3.10
3.10
3.50
3.10
1KM2
2.30
2.30
3.50
2.30
1KM3
2.30
2.30
3.50
2.30
1KM4
2.30
2.30
3.50
2.30
2KAA
4.30
4.30
4.30
4.30
2KM1
2.30
2.30
3.50
2.30
2KM2
2.30
2.30
3.50
2.30
2KM3
2.30
2.30
3.50
2.30
2KM4
2.30
2.30
3.50
2.30
3KAA
4.30
4.30
3.50
4.30
3KM1
2.30
2.30
3.50
2.30
3KM2
2.30
2.30
3.50
2.30
3KM3
2.30
2.30
3.50
2.30
3KM4
2.30
2.30
3.50
2.30
4SN1
3.10
3.10
3.50
3.10
4SN2
3.10
3.10
3.50
3.10
4ATS
3.10
2.30
3.50
2.30
4PSV
2.30
2.30
3.50
2.30
4V1
3.10
3.10
3.50
3.10
4V2
2.30
2.30
3.50
2.30
5SN1
3.10
3.10
3.50
3.10
5SN2
3.10
3.10
3.50
3.10
5ATS
2.30
2.30
3.50
2.30
5PSV
2.30
2.30
3.50
2.30
5V1
3.10
3.10
3.50
3.10
5V2
2.30
2.30
3.50
2.30
TING. 6
3.10
3.10
3.50
3.10

Ibu bapa dan waris perlu memastikan anak masing-masing sampai di sekolah sebelum pukul 7.20 pagi. Pada hari Jumaat, semua pelajar akan balik pada pukul 12.10 tengah hari.