SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI, KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG, MALAYSIA

PK Kokurikulum Badawi Meninggal Dunia [270420]


Cikgu Abdullah
Cikgu Abdullah (kanan) bergambar bersama Tuan Pengetua, Encik Adnan bin Idris

Cikgu Abdullah bin Hassan, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Datuk Haji Ahmad Badawi telah meninggal dunia pada hari Isnin, 27 April 2020. Jenazah beliau dikebumikan selepas solat Asar di tanah perkuburan Masjid At-Taqwa. Warga SMK Datuk Haji Ahmad Badawi amat merasai kehilangan beliau. Semoga rohnya dimasukkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Pokok Kurma Kesayangan Badawi Tumbang Akhirnya [170420]




Khabar dukacita kerana pokok kurma tunggal kesayangan warga Badawi telah rebah ke bumi jam 6 petang 17 April 2020 (Sabtu) tanpa menimpa sesiapa dan hanya mengenai talian elektrik. Pihak TNB telah selesai menyambung bekalan elektrik pada pukul 1 pagi. Rebahnya pada musim tiada murid. Alhamdulillah.

Sumbangan Warga Badawi kepada Barisan Hadapan Menghadapi Covid-19 [090420]













Tahniah kepada warga Badawi yang melaksanakankan projek kebajikan semasa PKP membantu barisan hadapan menghadapi Covid-19 di beberapa buah hospital. Pengumpulan dana telah dibuat dan tenaga menjahit diketuai oleh Cikgu Norasyikin, keluarga dan pasukannya. Antara bahan yang dijahit ialah tudung, sarung kasut PPE, topeng muka  kain dan pembelian sarung tangan. Manakala Cikgu  Norziah sekeluarga pula telah menyiapkan face shield. Sumbangan telah diedarkan kepada 3 hospital iaitu Hospital Teluk Intan, Hospital  Seri Manjung dan Hospital Besar Pulau Pinang. Tahniah juga kepada Cikgu Norzida dan Cikgu Faizah yang menggerakkan usaha kebajikan ini.