SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI, KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG, MALAYSIA

Proses Basmi Kuman di Bilik Kelas dan Dewan [230620]











Kerja-kerja membasmi kuman telah dilaksanakan bagi memastikan keselamatan warga Badawi. Pembukaan sekolah semula akan bermula pada 24 Jun 2020.

Pelan Pergerakan Pasca PKP


 
Pelan Pergerakan warga sekolah bagi mematuhi Garis Panduan Pembukaan Sekolah Semula.

Taklimat Pembukaan Sekolah Semula [220620]



Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran memberikan taklimat kepada guru-guru, anggota kumpulan pelaksana, pekerja keselamatan dan pekerja kebersihan berkaitan pembukaan sekolah semula pada 24 Jun 2020.

Poster Covid-19




Persiapan Menjelang Pembukaan Sekolah Pasca PKP



PETIKAN DARIPADA GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH SEMULA. GARIS PANDUAN INI DIKELUARKAN OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. DALAM HALAMAN 15, PANDUAN BERKAITAN PELIBATAN IBU BAPA ATAU PENJAGA :

6.5. Pelibatan Ibu Bapa/Penjaga

Ibu bapa/penjaga boleh dilibatkan melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) bagi membantu pihak sekolah:

6.5.1. meningkatkan kesedaran dan kefahaman berkaitan penularan jangkitan COVID-19:

a. memberi kesedaran kepada anak/anak jagaan berkaitan penjarakan sosial sebelum, semasa dan selepas menaiki kenderaan;

b. menasihati anak/anak jagaan supaya tidak berjabat tangan (bersalaman) atau bersentuhan antara satu sama lain sama ada guru, rakan-rakan atau orang sekeliling;

c. menasihati anak/anak jagaan supaya sentiasa mengamalkan kebersihan sebelum dan selepas makan;

d. menggalakkan ibu bapa/penjaga sendiri yang menghantar dan mengambil anak/anak jagaan;

e. menyarankan ibu bapa/penjaga menyediakan makanan dan minuman dari rumah untuk anak/anak jagaan bagi mengurangkan pergerakan dan kesesakan di kantin;

f. memastikan anak/anak jagaan mengambil sarapan yang sesuai sebelum hadir ke sekolah;

g. menasihati anak/anak jagaan agar tidak berkongsi makanan dan minuman dengan murid lain; dan

h. menjaga kebersihan dan keselamatan anak/anak jagaan sebelum dan selepas pulang dari sekolah dengan kerap membasuh tangan dan mandi.

6.5.2. membantu pihak sekolah membuat tanda penjarakan sosial dan mengawal pergerakan murid semasa datang, rehat dan balik serta mengikut keperluan pihak sekolah; dan

6.5.3. membantu pihak sekolah menyediakan pensanitasi tangan (hand sanitizer) dan alat pengimbas suhu badan untuk kegunaan pihak sekolah (jika mampu dan berkeperluan).  

Selamat Bersara Cikgu Norsiah (060620)



UCAPAN TUAN PENGETUA
SEMPENA PERSARAAN PUAN NORSIAH BT AWANG

Saya bagi pihak Kerajaan Malaysia merakamkan penghargaan kepada Puan Norsiah binti Awang atas segala khidmat bakti sebagai anggota perkhidmatan awam Malaysia yang telah memberikan sumbangan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan justeru itu pihak kerajaan menghargai khidmat bakti yang telah diberikan sehingga ke tarikh 06 Jun 2020. Semoga Puan bersara dengan sejahtera.
Terima kasih

Selamat Bersara Cikgu Zarina (010420)



UCAPAN TUAN PENGETUA
SEMPENA PERSARAAN PUAN ZARINA BT OMAR

Assalamualaikum warahmatulah kepada seluruh warga Badawiku Sayang. Hari ini ialah hari terakhir Puan Hjh. Zarina binti Omar bersama kita sebagai warga pendidikan di SMK Datuk Haji Ahmad Badawi. Beliau akan bersara pilihan mulai 1 April 2020. Saya merakamkan penghargaan kepada Hjh. Zarina atas perkhidmatannya yang cemerlang selama bernaung bawah saya sebagai Pengetua. Saya berasa sedikit dukacita kerana tarikh persaraannya terkandung dalam Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuat kuasa seolah-olah merestui permintaan beliau untuk tidak diraikan yang dinyatakan lebih awal. Kepada Hjh. Zarina, saya memohon jutaan kemaafan seandainya saya dan seluruh warga Badawi ada melakukan sesuatu yang menyentuh naluri Hjh Zarina. Kami memohon kemaafan, semoga alam persaraan ini akan senantiasa terisi dengan perkara yang indah yang membawa Hjh. Zarina lebih hampir kepada Allah subhanawataala, insya-Allah. Diharapkan Hjh. Zarina akan kekal dalam persahabatan dengan warga Badawiku Sayang. Wassalam.