SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI, KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG, MALAYSIA

Program e-Orientasi Tingkatan 1 [300121]

Program e - Orientasi Tingkatan 1 2021


TARIKH: 30/1/2021 (Sabtu)

MASA: 9.00 pagi - 11.00 pagi 

SASARAN : Semua pelajar tingkatan 1 dan waris

MEDIUM : Google Meet


Tentatif:

9.00  -  Ucapan YDP PIBG   

9.30 -  Ucapan Tuan Pengetua

10.00 - Ucapan PKP

                 DLP

10.20 - Ucapan PK HEM

10.40 - Ucapan PK KOKO

11.00 - Bersurai









Alhamdulillah, SMK Datuk Haji Ahmad Badawi dengan kerjasama PIBG telah berjaya melaksanakan program orientasi bagi tingkatan 1 secara dalam talian. Lebih kurang 100 orang waris murid tingkatan 1 menyertai program ini dan mereka mendapat penerangan langsung daripada Pengetua dan penolong-penolong kanan berkaitan kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum. 


Orientasi Tingkatan 4 Dalam Talian [270121]


 Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Datuk Haji Ahmad Badawi mengadakan program orientasi secara maya pada hari ini. Murid-murid tingkatan 4 diberi taklimat tentang aliran yang akan diikuti oleh mereka. Pemilihan aliran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan serta keupayaan mereka dalam akademik amat mustahak bagi memastikan kejayaan. Mereka juga diperkenalkan dengan mata pelajaran baharu yang belum pernah diikuti semasa di tingkatan 3. Semoga pendedahan ini membuka minda mereka akan Pelajaran yang akan ditempuhi oleh mereka.

Bantuan Sanitasi UMNO Kepala Batas [210121]


 Pihak pentadbiran SMK Datuk Haji Ahmad Badawi mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas bantuan UMNO Kepala Batas yang menyumbang bantuan kerja-kerja sanitasi di beberapa tempat di SMK Datuk Haji Ahmad Badawi.

Bacaan SOP 3 Kali Sehari


 Makluman berkenaan SOP kepada murid-murid tingkatan 5 sesi 2020 dan warga Badawi dilaksanakan sebanyak 3 kali sehari. Pertama, sebelum sesi pembelajaran bersemuka berlangsung, ketika rehat dan pada waktu terakhir. Semoga pengumuman-pengumuman ini akan menjadi asbab kepada pematuhan SOP yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Lawatan Hari Pertama Persekolahan [200121]


 Sesi persekolahan tahun 2021 yang bermula hari ini hanya melibatkan kehadiran murid-murid tingkatan 5 tahun 2020. Pemantauan SOP telah dibuat oleh pihak Polis Diraja Malaysia dan pegawai Jemaah Nazir Persekutuan. 

Badawi Terima Sijil Penghargaan SPM 2019 [080121]

 Pada hari ini, Tuan Pengetua menerima sijil penghargaan atas pencapaian SMK Datuk Haji Ahmad Badawi dalam SPM 2019. Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih kepada warga Badawi atas pencapaian tersebut.







Sumbangan Koop Bank [100121]


Ucapan terima kasih atas sumbangan Koop Bank kepada murid-murid Badawi. Majlis berlangsung di Mydin Bukit Mertajam. Cikgu Shukri mewakili SMK Datuk Haji Ahmad Badawi sebagai guru pengiring dalam majlis tersebut.