SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI, KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG, MALAYSIA

Penyerahan Alat Tulis daripada Ahli Parlimen Kepala Batas [190221]
















 Penyerahan air yasin dan alat tulis daripada YB Reezal Merican kepada calon SPM 2020 serta kata-kata semangat dan motivasi oleh Tuan Pengetua.

Bacaan Yassin SPM & STPM Dalam Talian [110221]







 Alhamdulillah, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah berjaya melaksanakan program bacaan Yassin secara maya. Majlis ini diadakan khas untuk murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan SPM dan STPM. Atur caranya dimulakan dengan ucapan oleh Tuan Pengetua dan diikuti amanat daripada Timbalan YDP PIBG. Seterusnya bacaan Yassin dipimpin oleh Ustaz Zambri. Syabas dan terima kasih atas penglibatan ibu bapa dan waris serta murid-murid dalam program ini.

Kunjung Bantu SISC+ PPD Seberang Perai Utara [090221]



 Ucapan dan kata-katakata motivasi bersempena peperiksaan SPM daripada Pegawai SISC+ PPD Seberang Perai Utara kepada murid-murid 5UKM.

Taklimat SPM Murid Tingkatan 5 2020 [090221]







Taklimat SPM telah diadakan untuk murid-murid tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan mulai 22 Februari 2021. Ucapan utama disampaikan oleh Encik Adnan bin Idris, Pengetua SMKDHAB. Beliau memperingatkan murid-murid tentang cabaran yang dihadapi semasa belajar kini dan semasa bekerjaya nanti. Beliau yakin murid-murid sudah bersedia untuk menghadapi SPM dan membuat usaha terbaik dalam persiapan dan menjawab soalan SPM nanti. Selain Pengetua, taklimat juga melibatkan Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Tingkatan 6, Kaunselor dan Setiausaha Peperiksaan SPM. Antara aspek yang disentuh ialah kelas pengayaan PIBG, peraturan peperiksaan dan pematuhan SOP Covid-19. Semoga Allah memberi keyakinan dan kemudahan kepada semua calon SPM 2020 untuk menjawab soalan peperiksaan serta menghasilkan keputusan cemerlang, insya-Allah.