SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI, KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG, MALAYSIA

Program Minda Sihat Pengurusan Emosi Tingkatan 5 [290720]






Mesyuarat Sekolah KBAT [290720]





En. Adnan bin Idris, Pengetua SMK Datuk Haji Ahmad Badawi memberikan taklimat tentang Sekolah KBAT. Semua penolong kanan, guru kanan dan koordinator menghadirinya.

Perlantikan Guru Kanan Sains dan Matematik Baharu [270720]



Tahniah kepada Cikgu Norfalahana kerana telah diberi kepercayaan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara dan Pengetua SMK Datuk Haji Ahmad Badawi untuk mengemudi bidang Sains dan Matematik di sekolah ini. Beliau menggantikan Cikgu Suriani yang dilantik sebagai PK Hal Ehwal Murid. Cikgu Norhamieza pula dilantik sebagai Ketua Panitia Sains menggantikan Cikgu Norfalahana. Tahniah.

Kelas Tambahan Perdana BM [180720]




Kelas Tambahan Perdana Tatabahasa BM Semester 2

"Terima kasih atas penganjuran program hari Sabtu 18/7/2020 khusus untuk kelas prauniversiti. Penghargaan saya kepada Penolong Kanan Tingkatan 6, Ketua Unit Bahasa Melayu dan semua guru yang terlibat semasa saya memantau hari. Terbaik inisiatif ini". - Pengetua SMKDHAB

Perlantikan Penolong Kanan Baharu [160720]





Cikgu Suriani bt. Mat Ya, mantan Guru Kanan Sains dan Matematik SMK Datuk Haji Ahmad Badawi telah dilantik sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMKDHAB. Manakala Cikgu Mohd Hamdi bin Mohd Yusof telah dilantik sebagai Penolong Kanan Kokurikulum. Jawatan kedua-dua penolong kanan ini berkuat kuasa pada 15 Julai 2020. Tahniah kepada mereka berdua yang diberi kepercayaan oleh Jabatan Pendidikan Pulau Pinang untuk meneruskan khidmat di SMKDHAB.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang [140720]









Tahniah kepada guru-guru yang menerima sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Pengetua menyampaikan sijil dalam acara ringkas di dewan sekolah sebelum mesyuarat guru.

Taklimat Penjajaran Kurikulum [140720]







Taklimat Penjajaran Kurikulum disampaikan oleh pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia yang diketuai oleh Dr. Rosilawati. Program bermula pada pukul 11 pagi hingga 12.30 tengah hari. Pengetua, penolong-penolong kanan dan guru-guru serta wakil dari sekolah berhampiran turut serta. Pihak KPM berpuas hati dengan maklum balas yang diberikan.

Majlis Meraikan Guru Bersara [130720]


Dua orang guru yang bersara semasa PKP iaitu Pn. Zarina dan Pn. Norsiah diraikan di Hotel Seri Malaysia. 

Sumbangan Kematian [100720]


Tuan Pengetua menyampaikan sumbangan kepada Cikgu Sofiah. Turut hadir, Cikgu Azhar, Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Staf.

Sumbangan PIBG & BKGS [010720]






Kunjungan dan ziarah ke rumah Allahyarham Cikgu Abdullah Hasan, mantan PK Kokurikulum SMKDHAB pada pukul 9.45 pagi.Tuan Pengetua dan YDP PIBG menyampaikan sumbangan BKGS dan PIBG kepada isteri arwah Cikgu Abdullah. Semoga roh Allahyarham Cikgu Abdullah dirahmati oleh Allah SWT. Terima kasih Tuan Pengetua dan ahli-ahli BKGS yg memberikan sumbangan ini.