SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI, KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG, MALAYSIA

2020 Dalam Kenangan, 2021 Kini Menjelang


 TAHUN 2020 
akan kita tinggalkan. 
Pengajaran bersemuka dan pembelajaran dalam talian mewarnai kehidupan kita sebagai guru dan murid. Pandemik Covid-19 banyak mempengaruhi kehidupan kita dengan norma baharu. 

Zaman sentiasa berubah, kita juga sentiasa meniti perjalanan usia. Jika kehidupan berlalu sebegitu sahaja, kita tidak memanfaatkannya untuk masa akan datang, pastinya kita akan menyesal pada kemudian hari.  

Semai usaha ketika hari-hari kita sebagai pelajar kerana belajar bermula dari alam rahim hingga ke liang lahad. Disiplin amat mustahak dalam perjuangan ini. Jika tidak, kita akan mati kelemasan. 

Semoga perubahan tahun akan mematangkan kita, menjadi insan yang lebih baik daripada semalam. 

SELAMAT TAHUN BAHARU 2021

- Cikgu Badrol -

Sumbangan YB Khaliq Mehtab [051120]






Allhamdulillah dan syukur kerana YB Khaliq Mehtab telah menyampaikan sumbangan kepada Pusat Sumber Sekolah bernilai RM 10 000.00 untuk pemasangan pendingin hawa.