SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI, KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG, MALAYSIA

Badawi Layak Pertandingan DIY Anjuran Universiti Malaya



Pengumuman keputusan pertandingan DIY  Made Simple 2019 -  Best of Waste. Sekolah Datuk Haji Ahmad  Badawi telah layak dan mendapat peruntukan RM 1000 dengan bimbingan 2 orang pensyarah Universiti Malaya untuk perlaksanaan projek. Tahniah kepada guru pembimbing dan para pelajar yang terlibat.

Badawi Antara 8 Sekolah Terbaik Seberang Perai Utara


Sekolah Datuk Haji Ahmad Badawi berjaya meletakkan diri  antara 8 sekolah terbaik dengan kedudukan keenam dalam SPM 2018 di daerah Seberang Perai Utara. Jika kita teliti, tiada syarat kelayakan untuk masuk ke sekolah ini. Namun, tujuh sekolah yang lain ada syarat bilangan A dalam UPSR dan ada program Kelas Rancangan Khas yang menjadi elemen kemenjadian murid dalam akademik. Alhamdulillah, walaupun Badawi menerima pelajar sehingga 6E dari sekolah rendah, insya-Allah murid-murid akan dididik ke arah keputusan akademik yang optimum.


Pendaftaran Pelajar 6 Bawah [020519]

Pendaftaran tingkatan 6 bawah

Seramai 197 orang pelajar mendaftar pada hari pertama

413 orang pelajar layak masuk ke tingkatan 6 bawah sesi 2019 / 2020