SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI, KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG, MALAYSIA

Majlis Persaraan Pn. Hjh. Fattanah bt. Zainol [310123]
















Selamat bersara Pn. Hjh. Fattanah. Cikgu Fattanah mula berkhidmat di SMK Datuk Haji Ahmad Badawi sejak tahun 1995. Selama 28 tahun berkhidmat dan menabur bakti di Badawi sebagai guru Pendidikan Seni Visual. Pada hari ini, beliau menamatkan perkhidmatannya. Semoga beliau terus sihat dan berbahagia mengharungi zaman persaraannya.

Sumbangan Kematian Waris Murid [270123]


Cikgu Suraini, PKHEM menyampaikan wang hasil kutipan warga badawi yang diserahkan kepada waris Ahmad Ali Redha, tingkatan 1UKM yang kehilangan ayahnya pada 7 Januari 2023. Salam takziah daripada pentadbir dan guru-guru Badawi.

Pengecualian Hadir Sekolah Semasa Ujian Bertutur dan Mendengar SPM




Persiapan Majlis solat Hajat dan Bacaan Yaasin [270123]









Terima kasih kepada Cikgu Azhar yang telah mengetuai persiapan dewan solat surau baru Badawi bersama-sama guru lelaki.

Sumbangan Derma kepada Murid yang Mengalami kemalangan [270123]


Cikgu Mohd Nazir, Penolong Kanan Pentadbiran menyampaikan sumbangan daripada guru-guru SMKDHAB kepada murid yang mengalami kemalangan. Turut serta dalam majlis ringkas ini ialah Puan Suraini yang merupakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Bacaan Yaasin Perdana Peringkat Negeri Pulau Pinang [270123]




Ustazah Roziah dan beberapa orang guru yang berkelapangan mewakili SMK Datuk Haji Ahmad Badawi dalam Bacaan Yaasin Perdana Peringkat Negeri Pulau Pinang pada pukul 8.30-9.30 pagi. Turut serta ialah murid kelas 5UTM pada waktu Pendidikan Islam

Pembinaan Surau: 26 Januari 2023






 📢📢 𝐈𝐍𝐅𝐀𝐐/𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 𝐀𝐋-𝐅𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐌𝐊 𝐃𝐀𝐓𝐔𝐊 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐀𝐇𝐌𝐀𝐃 𝐁𝐀𝐃𝐀𝐖𝐈 📢📢


"Allah SWT menjelaskan pahala dan bagaimana perumpamaan orang-orang yang menafkahkan harta dijalan Allah SWT. Perumpamaan orang yang mengeluarkan harta di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai yang pada tiap tangkainya berisi 100 biji" (Al-Baqarah - ayat 261)


🤝🏻Dato'/ Datin/ Tuan/Puan dijemput dan dialu-alukan berinfaq bagi dana Surau Badawi. Sumbangan atau Infaq boleh dibuat melalui:-


1️⃣ 🕌 𝑷𝑰𝑩𝑮 𝑺𝑴𝑲 𝑫𝑨𝑻𝑼𝑲 𝑯𝑨𝑱𝑰 𝑨𝑯𝑴𝑨𝑫 𝑩𝑨𝑫𝑨𝑾𝑰

💳  𝟎𝟕 𝟎𝟒𝟑 𝟎𝟏 𝟏𝟎𝟓𝟏𝟕𝟒 𝟗

🏦 𝑩𝑨𝑵𝑲 𝑰𝑺𝑳𝑨𝑴

🔖RUJUKAN: 𝑺𝑼𝑹𝑨𝑼 𝑩𝑨𝑫𝑨𝑾𝑰


2️⃣🕌 Jom Pay online

Biller Code:  97170

Ref 1 : no. telefon


3️⃣On Pay

http://bit.ly/SurauBadawi


4️⃣ Toyyib pay

https://toyyibpay.com/Infaq-Surau-al-Falah


📞 Sebarang Pertanyaan:

http://wasap.my/+60134815599/SurauBadawi