Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Datuk Haji Ahmad Badawi mengadakan program orientasi secara maya pada hari ini. Murid-murid tingkatan 4 diberi taklimat tentang aliran yang akan diikuti oleh mereka. Pemilihan aliran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan serta keupayaan mereka dalam akademik amat mustahak bagi memastikan kejayaan. Mereka juga diperkenalkan dengan mata pelajaran baharu yang belum pernah diikuti semasa di tingkatan 3. Semoga pendedahan ini membuka minda mereka akan Pelajaran yang akan ditempuhi oleh mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan mesej di sini.