SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI, KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG, MALAYSIA

Persiapan Menjelang Pembukaan Sekolah Pasca PKP



PETIKAN DARIPADA GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH SEMULA. GARIS PANDUAN INI DIKELUARKAN OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. DALAM HALAMAN 15, PANDUAN BERKAITAN PELIBATAN IBU BAPA ATAU PENJAGA :

6.5. Pelibatan Ibu Bapa/Penjaga

Ibu bapa/penjaga boleh dilibatkan melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) bagi membantu pihak sekolah:

6.5.1. meningkatkan kesedaran dan kefahaman berkaitan penularan jangkitan COVID-19:

a. memberi kesedaran kepada anak/anak jagaan berkaitan penjarakan sosial sebelum, semasa dan selepas menaiki kenderaan;

b. menasihati anak/anak jagaan supaya tidak berjabat tangan (bersalaman) atau bersentuhan antara satu sama lain sama ada guru, rakan-rakan atau orang sekeliling;

c. menasihati anak/anak jagaan supaya sentiasa mengamalkan kebersihan sebelum dan selepas makan;

d. menggalakkan ibu bapa/penjaga sendiri yang menghantar dan mengambil anak/anak jagaan;

e. menyarankan ibu bapa/penjaga menyediakan makanan dan minuman dari rumah untuk anak/anak jagaan bagi mengurangkan pergerakan dan kesesakan di kantin;

f. memastikan anak/anak jagaan mengambil sarapan yang sesuai sebelum hadir ke sekolah;

g. menasihati anak/anak jagaan agar tidak berkongsi makanan dan minuman dengan murid lain; dan

h. menjaga kebersihan dan keselamatan anak/anak jagaan sebelum dan selepas pulang dari sekolah dengan kerap membasuh tangan dan mandi.

6.5.2. membantu pihak sekolah membuat tanda penjarakan sosial dan mengawal pergerakan murid semasa datang, rehat dan balik serta mengikut keperluan pihak sekolah; dan

6.5.3. membantu pihak sekolah menyediakan pensanitasi tangan (hand sanitizer) dan alat pengimbas suhu badan untuk kegunaan pihak sekolah (jika mampu dan berkeperluan).  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan mesej di sini.