SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI, KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG, MALAYSIA

Program Biologi Cemerlang (30082016)

Program Cemerlang Biologi oleh Pn. Sofiazan bt Mohd Yusof dari SMK Al Irshad dari pukul 8.00 pagi hingga 12.15 tengah hari




Dialog Prestasi Biologi dan Fizik(25082016)

Dialog prestasi kini adalah satu langkah intervensi bagi menggerakkan secara optimum kecemerlangan sekolah. 
Dialog Prestasi lebih bersifat dua hala dan berfokus serta praktikal dalam mengatasi masalah dan melaksanakan aktiviti bersumberkan data.


Program Khidmat Masyarakat PERTIENA (14082016)

Persatuan Tingkatan 6 SMK Datuk Haji Ahmad Badawi telah mengadakan program khidmat masyarakat di rumah anak yatim Inapan Kasih Sayang, Kepala Batas. Program ini sebagai satu usaha mendekatkan para pelajar dengan anak-anak yatim. Semoga program ini diberkati Allah.




Penyerahan Wang KWAMP (12082016)

Pada hari ini 12 Ogos 2016, pihak sekolah di bawah unit Hal EhwalMurid telah mengadakan penyampaian wang KWAMP kepada waris pelajar. En. Mohd Radzi, YDP PIBG telah meluangkan masa untuk menyampaikan wang tersebut. Turut hadir ialah Tuan Pengetua, penolong-penolong kanan dan guru biasiswa.