SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI, KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG, MALAYSIA

Bengkel Kecemerlangan Reka Cipta (01102016)

Bengkel kecemerlangan Reka Cipta di SMK Pmtg Tok Jaya.  Kehadiran pelajar SMK Datuk Haji Ahmad Badawi ialah 15/15.  program berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.



Program Kecemerlangan Geografi Penggal 1 (01102016)

Program Kecemerlangan Geografi penggal 1 di IPG Tunku Bainun. Jalinan kerjasama bersama SMK Penanti.





Program Menara 2 SPM (01102016)

Pengisian Program Menara 2 SPM 2016 :
  1. Program Pemantapan Subjek Kimia oleh   Pn Malissa Abd Malik (8.00 - 1.00 tengah hari)
  2. Program Pemantapan Jiwa Oleh Ustaz Zawawi  2. 00 - 3. 00 petang)
  3. Refleksi Diri oleh Pn Saadiah Abd Razak dan Pn Marlinawati (3.00 -5.00 petang)












Jamboree Pengakap ASEAN ke-5

Seramai 6 orang pelajar SMKDHAB telah menyertai Jamboree Pengakap ASEAN ke-5 di Terengganu. Program berlangsung dari 15 hingga 20 September 2016 dan dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu.




Seminar Pendidikan Islam PT3 (24092016)

Ceramah teknik menjawab Pendidikan Islam PT3 telah disampaikan oleh Ketua Pentaksir Negeri iaitu Ustaz Rosli dari SMKA Al Irshad. Seramai 174 orang pelajar telah hadir dalam seminar ini.


Badawi Johan Merentas Desa (24092016)

Acara merentas desa tingkatan 6 peringkat negeri telah diadakan di SMK Permatang Pasir. Seramai 1100 orang peserta terlibat dalam program ini. Peserta dari SMKDHAB telah merangkul johan. Tahniah Mogeshkumar BSN. Tahniah juga kepada Izzat yang membuat penampilan istimewa dengan mendapat tempat ke-100 daripada 1100 peserta seluruh Pulau Pinang.







Program Kolaborasi Pecutan Akhir Biologi SPM (03092016)

Program Kolaborasi Pecutan Akhir Biologi SPM 2016 merupakan satu inisiatif yang baik untuk peningkatan prestasi para pelajar aliran sains. Para pelajar 5SN1 dari SMK Datuk Haji Ahmad Badawi berpeluang menghadiri jemputan daripada SM Sains Kepala Batas. Program berlangsung dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.