SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI, KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG, MALAYSIA

Sejarah Sekolah

SEBAB PENUBUHAN:

Tujuan penubuhan adalah untuk menampung pelajar-pelajar aliran Melayu di kawasan Kepala Batas dengan bermulanya ‘sistem aneka jurusan’. Sebelum kewujudan sekolah ini, para pelajar terpaksa ke Sekolah Dato Onn, di Butterworth atau ke Kepala Batas Secondary School (aliran Inggeris).


SEJARAH RINGKAS:

Permulaannya sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bertam yang ditubuhkan pada 1965 dengan Encik Junid Arope sebagai Guru Besar yang pertama. Pada tahun 1967 sekolah ini dipindahkan dan menumpang di KBSS/SDHAK dan bertukar namanya kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas (SMKKB). En. Mohamad Rejab menggantikan tempat En. Junid Arope yang ke England pada September 1967-Jun 1968. Kemudian En. Mohamad Rejab ditukarkan dan tempatnya diambil oleh En Wan Hj Kassim. Pada Julai 1978-Disember 1979, En Junid Arope menjawat Guru Besar semula sehingga beliau digantikan oleh En. Zainal Abidin Mohd Ali pada Januari 1970- Disember 1979. Dalam tahun 1978, sekolah ini sekali lagi bertukar nama kepada Sekolah Datuk Haji Ahmad Badawi (SDHAB) dan memiliki bangunan sekolah sendiri. 


BANGUNAN SEKOLAH:

1967-1966   menumpang bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan Permatang Bertam
1967-1977   menumpang bangunan Sekolah Menengah K.Batas (aliran Inggeris)
1975            menumpang bersama Sekolah Daeratul Maarifil Wataniah (Tingkatan 2 dan 4)
1976-1977   masih menumpang di KBSS dengan 16 bilik darjah sendiri
1978            memilik bangunan sendiri dengan 26 bilik darjah (SDHAB)
1983            mendapat sebuah bangunan tambahan  (pasang-siap) 6 bilik darjah
1984            pembinaan bangunan pasang-siap dua tingkat yang sempurna
1986            surau telah dirasmi
1986            proses pembinaan Dewan Sekolah


PERASMIAN: DATUK HUSSAIN ONN

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan SEKOLAH DATUK HAJI AHMAD BADAWI pada 22 Mac 1980 dalam upacara bersejarah.




TINGKATAN ENAM:

Pada 1981 bermulanya TINGKATAN ENAM ALIRAN SASTERA sebanyak satu kelas. Sekolah ini menerima pelajar dari Sekolah Datuk Haji Abdul Kadir, sekolah Menengah Sri Muda Penaga, Sekolah Menengah Bakti Tasek Gelugor dan pelajar-pelajar dari sekolah ini sendiri. Jumlah pelajar seramai 22 orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan mesej di sini.