13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang * Tel : 04-5751142 * Faks : 04-5755367 * E-mel : (1) pea2054@jpnpp.edu.my (2) pea2054@moe.edu.my (3) badawigemilang@gmail.com
Sumbangan YB Khaliq Mehtab [051120]
Allhamdulillah dan syukur kerana YB Khaliq Mehtab telah menyampaikan sumbangan kepada Pusat Sumber Sekolah bernilai RM 10 000.00 untuk pemasangan pendingin hawa.
Sumbangan Kematian daripada BKGS [031120]
Sumbangan kepada pelajar yang kematian bapa dan sumbangan kepada Cikgu Azman yang kematian kakak. Sumbangan hasil kutipan Badan Kebajikan Guru dan Staf Badawi.
Pengiktirafan Koperasi Badawi Sebagai 50 Koperasi Terbaik
Tahniah dan syabas kepada Koperasi SMK Datuk Haji Ahmad Badawi atas pengiktirafan sebagai 50 koperasi terbaik.Semoga koperasi Badawi terus maju.
Program Anak Angkat Tingkatan 6 [231020]
Serahan fail Penasihat Akademik kepada semua guru tingkatan 6. Seorang guru diberikan 6 anak angkat Tingkatan 6.
Ujian Psikometrik & Modul Akademik Tingkatan 5 [221020]
Program ' Find Your Future' : Psikometrik IKK dan Modul Akademik Pelajar Tingkatan 5.
Semua murid tingkatan 5 terlibat dalam program ini yang berlangsung dari pukul 8 pagi hingga 10.30 pagi.
Kunjung Bantu Peluasan Sekolah Pembudayaan KBAT [221020]
Sekolah SMK Datuk Haji Ahmad Badawi telah di pilih oleh Jabatan Pendidikan Pulau Pinang sebagai calon untuk Sekolah KBAT. Pada hari ini, SMKDHAB telah dikunjungi oleh SIP+ PPD Seberang Perai Utara untuk membantu dalam pelaksanaan sekolah KBAT. Turut serta, dalam program ini ialah pengetua SMK Kampung Selamat dan Madrasah Khairiah Islamiah yang turut menjadi calon sekolah KBAT yang bersama-sama berkongsi idea dan pengalaman.
Langgan:
Catatan (Atom)






















































