Keselamatan pelajar semasa datang dan balik dari sekolah antara perkara yang diberi perhatian oleh pihak sekolah. Pada setiap pagi, guru bertugas mingguan akan berada di hadapan pintu masuk sekolah. Guru bertugas akan membantu para pelajar yang akan melintas jalan dan bagi memastikan keselamatan mereka.
|
Guru bertugas berada di hadapan laluan melintas untuk memantau keselamatan pelajar |
Lalu lintas di hadapan SMK Datuk Haji Ahmad Badawi merupakan laluan yang sibuk terutama antara pukul 7.00 hingga 8.00 pagi. Para pelajar dinasihatkan menggunakan laluan melintas jalan yang telah disediakan.
|
Kenderaan berat juga banyak menggunakan Jalan Datuk Haji Ahmad Badawi |
Para pelajar yang menggunakan laluan lampu isyarat sering dipesan untuk memastikan keselamatan diri ketika melintas jalan. Mereka selalu diminta melihat ke sebelah kiri dan ke sebelah kanan sebelum melintas. Selain itu, mereka juga perlu memastikan semua kenderaan telah berhenti sebelum melintas jalan walaupun lampu isyarat sudah bertukar hijau.
|
Kehadiran guru bertugas semasa para pelajar melintas jalan |
|
Para pelajar sedang melintas jalan mengikut laluan yang disediakan |
Selain pintu utama, pihak sekolah menyediakan pintu masuk di sebelah Taman Abdullah Fahim untuk kemudahan ibu bapa dan waris. Pintu masuk ini akan ditutup pada pukul 7.20 pagi.
|
Pintu di tepi taman perumahan memudahkan pelajar masuk ke kawasan sekolah |
Pihak sekolah juga menyediakan Laluan Perdana sebagai laluan pejalan kaki untuk para pelajar. Laluan ini memisahkan dari laluan kenderaan. Penggunaan laluan ini akan mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama ketika para pelajar an guru datang dan balik dari sekolah.
|
Laluan Perdana mengambil sempena Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah bin Ahmad Badawi |
|
Laluan Perdana amat bermanfaat terutama ketika hujan dan panas serta untuk keselamatan pelajar |
Selain guru bertugas, mereka dibantu oleh para pengawas yang mengambil nama pelajar-pelajar yang datang lewat. Para pelajar yang datang lewat melebihi 7.20 pagi akan dicatat nama dalam fail yang disediakan.
|
Fail nama pelajar yang datang lewat ke sekolah |
|
Para pelajar sedang menanda nama mereka dalam fail |
Berhampiran tapak perhimpunan, guru disiplin bertugas akan menahan para pelajar bermotosikal dan pelajar yang lewat. Mereka akan berkumpul di kawasan ini dan mendengar pengumuman semasa perhimpunan.
|
Guru disiplin menunggu para pelajar yang hadir lewat |
|
Para pelajar bermotosikal yang lewat dikehendaki menuntun motosikal untuk keselamatan pelajar lain |
|
Tuan Pengetua memberi nasihat kepada para pelajar yang lewat |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan mesej di sini.