SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI, KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG, MALAYSIA

Cikgu Mohamad Said, PK Pentadbiran Bertukar ke PPD

Cikgu Mohamad Said bin Ibrahim ialah Penolong Kanan Pentadbiran SMK Datuk Haji Ahmad Badawi yang berkhidmat selama 9 tahun di Badawi sejak 2011.  Mulai 2 Disember 2019, beliau akan memulakan tugas baharu sebagai Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara. Ucapan tahniah disampaikan oleh warga Badawi atas perlantikan beliau ini. Jasa dan pengorbanannya sebagai Penolong Kanan Pentadbiran Badawi tidak mungkin dapat dibalas. Semangat dan dedikasinya melaksanakan tugas memang dikagumi semua warga Badawi. Semoga beliau terus cemerlang dalam perjalanan kerjayanya dan diberkati Allah, perjalanan hidupnya. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan mesej di sini.