SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI, KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG, MALAYSIA

Pasukan Badawi Merangkul Naib Johan Malaysia Techlympics Cabaran Bioteknologi Peringkat Kebangsaan [201123]

 Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Interstellar Young Badawi yang telah berjaya menjadi naib johan Cabaran Bioteknologi Techlympics kebangsaan 2023. Syabas dan tahniah juga kepada pasukan Techlympics Badawi atas prestasi cemerlang tahun 2023.Terima kasih terutamanya kepada penyelaras Techlympics Badawi, Cikgu Yusoff atas usaha keras mewujudkan pasukan Techlympics Badawi. Semua guru pembimbing iaitu Cikgu Suriyani, Cikgu Siti Aisyah, Cikgu Azman dan Cikgu Hanis yang mengiringi dan memberi bimbingan sepanjang pertandingan serta Cikgu Hafizah Ibrahim yang berusaha untuk Pasukan Bandar Pintar sebelum ke pertandingan. Terima kasih juga kepada semua guru Badawi yang memberi idea, pandangan dan sokongan secara langsung atau tidak langsung. Barisan pentadbir, terima kasih atas sokongan kuat kepada Unit Kokurikulum Badawi.

- En. Mohd Hamdi bin Mohd Yusof, PK Kokurikulum 


Kokurikulum Badawi Gemilang 2025

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan mesej di sini.